29 March 2011

Joannes Lukas sebak selepas meneliti ayat al-Maidah

  
Pertemuan kali pertama penulis dengan anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini, langsung tidak menampakkan dirinya seorang mualaf. Ini kerana raut wajah Joannes Lukas, 29, persis jejaka Melayu ditambah pula kelancaran tutur kata tanpa dipengaruhi loghat negeri asalnya.

Malah menurut lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini lagi, kalau melihat penampilan dirinya sebelum bergelar Muslim, beliau sendiri tidak menyangka akan memeluk agama Islam.


“Jadi Muslim… memang tidak pernah terlintas dan terbayang. Ini kerana saya boleh dikatakan seorang penganut Kristian yang setia serta terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti gereja.

“Tetapi semuanya bermula selepas saya berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk menyambung pengajian di UPM kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, saya sedang mengikuti matrikulasi.

“Hakikatnya, pengislaman saya lebih kepada pengkajian dan perbandingan agama. Itupun selepas berhadapan dengan beberapa persoalan berkaitan agama anutan saya ketika itu,” cerita anak muda ini yang yang lebih mesra dengan panggilan Johan ketika ditemui di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM) di Taman Melawati, Selangor baru-baru ini.

Tambah Johan yang juga merupakan sukarelawan di Hidayah Centre, minat membaca dan menganalisis adalah proses awal sebelum akur akan ketauhidan Allah s.w.t., sekali gus menerima Islam secara ikhlas tanpa paksaan.

“Satu persoalan yang terpacul daripada mulut seorang teman Muslim tentang keyakinan saya dengan agama anutan saya, membuatkan saya sentiasa memikirkannya berulangkali. Malah ini adalah satu pendorong untuk saya mencari apa di sebalik maksud soalannya itu tadi.


“Pada masa sama, saya ada membaca satu buku perbandingan agama yang saya temui di rumah sewaktu pulang bercuti semester. Dalam pembacaan saya itulah pelbagai aspek berkaitan agama anutan saya mula dipersoalkan. Antaranya peranan Nabi Isa dan konsep Triniti atau tritunggal.

“Peliknya, sewaktu meneliti tafsir al-Quran dari al-Fatihah hinggalah ke surah al-Maidah ayat 72 dan 73, saya tidak dapat menahan sebak dan terus menangis. Ayat tersebut menjelaskan soalan yang saya cari selama ini.


Seketika itu juga, terdengar laungan azan di masjid berdekatan asrama. Mungkin di situlah Allah memberikan saya hidayah-Nya,” akui Johan yang turut membeli buku-buku lain untuk dibuat perbandingan.

Pertemuan itu, kata Johan menjadi titik perubahan yang menyedarkannya akan erti keEsaan Allah. Di samping itu, menerusi pergaulannya dengan teman-teman Muslim, mereka bagai dapat menghidu minat Johan tentang Islam, lantas memperkenalkannya dengan beberapa orang ustaz di UPM.

“Saya mula rapat dengan ustaz Haji Azhari Ahmad dan hubungan kami semakin rapat kerana dia banyak memberi penerangan yang jelas tentang banyak persoalan.

“Alhamdulillah, dengan sokongan ustaz Azhari yang juga merupakan abang angkat, akhirnya saya memeluk Islam iaitu pada 21 Jun 2000 di Jabatan Agama Islam Selangor di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Kata Johan, hanya Allah memahami kegembiraannya kala mengucap dua kalimah syahadah. Ia seolah-olah berjumpa dengan sebutir mutiara. Perasaan seronok, gembira mengatasi segalanya, waima keputusan yang diambil itu membelakangkan keluarga.

“Menyedari pilihan yang dibuat mengundang kemarahan keluarga, saya cuba merahsiakan pengislaman diri daripada pengetahuan keluarga dengan pelbagai helah dan lakonan semata-mata jika pulang ke kampung,” cerita anak ke-10 daripada 12 adik-beradik ini yang mahu kekal dengan nama sebelum Islamnya kerana ia masih membawa maksud yang baik iaitu, Yahya Lokman.

Pun begitu, rahsia yang dipendam selama itu cuba ditamatkan dengan menulis sepucuk surat kepada keluarga. Di dalam warkah itu, Johan cuba menjelaskan kepada keluarganya bahawa pengislamannya bukan kerana paksaan atau pengaruh sesiapa dan bukan kerana wanita tetapi hanya daripada kajian dan berdiskusi untuk mencari kebenaran.

Kata Johan, perbuatannya itu mengundang kejutan besar kepada keluarga dan bermulalah episod penuh mencabar sebaik bergelar Muslim.

“Saya ada pulang ke kampung sebelum majlis perkahwinan kakak. Rupa-rupanya, kepulangan saya tidak diterima mereka sehingga saya dihalau dan dipulau serta disindir. Itu semua tidak saya endahkan kerana saya sentiasa mengatakan bukankah bila saya masuk Islam, saya lebih baik dari dahulu?

“Saya sayangkan keluarga saya. Agama tetap agama dan bangsa tetap bangsa. Islam tidak memisahkan hubungan anak dengan ibu bapa mahupun keluarganya. Di samping itu, saya tidak pernah jemu berdoa dan melakukan yang terbaik sama ada sebagai anak mahupun adik.

“Alhamdulillah, kini ibu yang sudah berusia 64 tahun menerima dan merestui pengislaman saya. Saya bersyukur keperibadian Muslim yang cuba saya tonjolkan kepada keluarga berjaya merubah persepsi negatif mereka terhadap Islam dan menerima saya sebagai Muslim,” ujar Johan yang terus berdoa agar seluruh ahli keluarganya turut menerima hidayah Ilahi.

Mengenai penglibatannya dengan kerja-kerja sukarelawan di Hidayah Centre, kata Johan secara serius ia bermula tahun lalu. Tetapi minatnya bermula selepas perkenalan dengan sukarelawan JIM yang turut sama mengikuti kursus perkaderan mualaf anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2003.

“Di hati kecil saya terpanggil untuk memberi satu kemanisan Islam kepada bukan Islam apa lagi tugas menyampaikan dakwah Islamiah adalah tanggungjawab setiap umat Islam yang merupakan khalifah Allah di muka bumi ini.

“Amatlah penting untuk kita memberi gambaran jelas tentang agama Islam. Sebab itulah, saya selalu terangkan kepada keluarga dan semua bahawa untuk kenal Islam kena kenal agamanya. Kesilapan sekarang ini, orang bukan Islam melihat dari sudut yang tidak berapa tepat iaitu orangnya,” katanya.

Buat masa ini, Johan berusaha memantapkan kecintaan kepada Allah dan sesama makhluk.

“Di samping itu, saya ada menerima undangan membuat perbandingan agama terutamanya untuk agama Kristian, memandangkan sedikit ilmu yang ada dan saya rasa ia perlu dikongsi dengan ramai agar syiar Islam terus tersebar dan berkembang serta bebas daripada persepsi negatif,” kata Johan mengakhiri perbualan kami lewat petang itu.Malay-bismikallahuma/Tulahan

Sumber : http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=6177

25 March 2011

Warna Aura Lambang Keperibadian




Dalam psikologi sudah diakui bahawa setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu. Warna aura tidak akan menipu siapa diri anda sebenarnya. 

Warna aura adalah bahagian dari keadaan diri seseorang yang membabitkan keperibadian, karakter, kesihatan dan kejiwaan.

Namun warna ini boleh berubah mengikuti keadaan diri seseorang. Warna aura berkenaan dapat dihuraikan di bawah:


Merah



Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam. Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang ke hadapan, tidak sensitif dan ego, pemimpin, suka mengkritik, mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar. Ia turut melambangkan seorang itu suka bersaing, berani bertindak, tekad dan juga panjang akal.

Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan.

Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapatkan apa diinginkan. Mereka ini suka bertengkar, ego dan kurang sensitif.


Jingga

Mengungkapkan kehangatan. Orang yang mempunyai aura berwarna jingga sukakan kesenangan duniawi, tentangan, berkhayal, membantu orang lain, menyendiri dan tidak suka di kawal atau di kongkong.



Kebaikan mempunyai aura jingga adalah mereka dikategorikan sebagai mempunyai akal yang panjang dan kreatif. Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa lawan dan siapa kawan.

Keburukan mempunyai aura berwarna jingga adalah terlalu mementingkan diri sendiri. Lazimnya mereka kurang suka hidup berkeluarga dan lebih gemar bersendirian.



Kuning

Mengungkapkan intelektual. Orang yang mempunyai aura kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko, seorang yang peka dan penuh prihatin, setia dan sukakan kebebasan.

Kebaikan mempunyai aura kuning adalah mereka suka bersukan, sangat prihatin dengan penampilan diri dan mementingkan kesihatan yang baik.

Keburukan mempunyai aura kuning adalah mereka agak pemalu sekiranya berada di kalangan orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka adalah orang yang suka memberontak dan tidak mudah berkongsi perasaan sedih dan juga masalah dengan orang lain.



Hijau

Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan. Mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain.



Keburukan mempunyai aura berwarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya. Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat.


Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh lawan berdebat dengan mereka.

Biru

Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi.

Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.

Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.


Indigo

Mengungkapkan sifat bijak yang amat mendalam. Seorang yang halus dan lemah. Mempunyai kulit putih dan pucat dan tidak suka keluar rumah. Mempunyai sifat keanak-anakan dan mempunyai perasaan yang peka. Kurang bertanggungjawab dan suka mengagungkan dan membanggakan diri sendiri.

Kebaikan mempunyai aura berwarna indigo adalah mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat mendalam.



Keburukannya mereka kurang pandai berkomunikasi dan suka menyendiri.

Ungu

Mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam. Seorang yang dinamis dan berkarisma, mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati. Selain itu, meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik.

20 March 2011

KURMA, KISMIS & MADU.



Sabda Rasulullah  s.a.w "Berilah makan buah kurma  kepada isteri-isteri
kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya." 


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali
jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini
akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s. 
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan
makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang
kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan
jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat. 

1)      KURMA 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,
akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)". 
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". 
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik
sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan". 
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 

2)      KISMIS 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak
21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali kematian". 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis
dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan
lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih". 
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka
dia tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". 
Imam Ali a.s. bersabda:  "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa". 
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa". 

3)      MADU 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan
niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya
dari 77 penyakit". 
Nabi Muhammad SAW bersabda:  "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang
kuat hendaklah dia meminum madu". 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia
dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam
dada". 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam
madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi". 
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala
penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati". 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu". 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
 

Bible dalam Bahasa Melayu..???

Mufti S'gor larang Injil guna kalimah Allah diedar

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor.

Tamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.

Kenyataan bercanggah

Kenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu kitab-kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia itu.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," katanya.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pada pagi Selasa, Muhyiddin berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok. Katanya, Menteri harus membincangkan perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Syarat KDN satu penghinaan

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum dibenarkan pengedaran dan mesti bersertakan nombor siri.

Syarat itu, bagaimanapun ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut Kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka.

“Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

19 March 2011

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH



PERSOALAN : NEGARA MANA ADALAH PENGELUAR SOYA UTAMA DUNIA
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

LIBYA AKAN DISERANG!


LONDON, 19 Mac — Duta Perancis ke PBB Gerard Araud meramalkan tindakan ketenteraan ke atas Libya dalam tempoh beberapa jam selepas satu sidang kemuncak yang akan diadakan di Paris hari ini.

“Esok (hari ini) kami akan mengadakan satu sidang kemuncak di Paris dengan kesemua peserta utama (yang bakal menyertai) operasi, dan dalam usaha-usaha diplomatik.

“Bermakna Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis, kami juga telah melancarkan kata dua berkaitan dengan gencatan senjata... dan, kami telah menetapkan isyarat, jadi saya meramalkan selepas sidang kemuncak ini, saya merasakan dalam beberapa jam, saya merasakan kami akan melancarkan campur tangan ketenteraan,” kata beliau.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton dan Perdana Menteri Britain David Cameron akan membincangkan langkah-langkah susulan mengenai Libya dengan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan pemimpin-pemimin Arab di Paris hari ini.
“Kami bersedia tetapi tidak boleh memberikan anda lebih butiran.” — Reuters

18 March 2011

Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?

Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Coba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bagian Timur baru-baru ini.

Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari ujung rambut hingga ujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.



Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. Wallahua’lam.

16 March 2011

KEHEBATAN SOLAT




Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.


Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.


Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).


Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

15 March 2011

KEJAYAAN ORANG MELAYU


Berikut adalah senarai nama2 anak Melayu yg telah menempa nama dlm bidang2 masing. Sebenarnya byk lagi. Ada yg menempa kejayaan di luar negara dlm bidang perniagaan. Malangnya, nama mereka saya tak ingat. Sila tambah senarai ini utk kita ikuti kejayaan mereka.

  • Irfan Hairi – jutawan internet
  • Zulkornain Ahmad Nasir (lulusan UTM) – jutawan minyak
  • Chef Wan (lulusan ITM) – pernah mendapat anugerah chef terbaik dunia
  • Azlina – pengasas D’Nevachee
  • Ahmad Syukri Abdul Aziz – mencipta sejarah apabila meraih kejuaraan kategori lelaki individu Kejohanan Layar International Optimist Dinghy Association (IODA) Dunia 2010
  • Syarikat bumiputera Melayu Global Livestock Sdn. Bhd. (GLC) – satu2 pengeksport daging halal di dunia yg berpusat di Darwin. http://harizamrry.com/2010/07/darwin-saksikan-kejayaan-penternak-melayu/
  • Qistina Taff – gadis muda berusia 28 thn, membuka perniagaan Satay Take & Go di Pavillion, Bt Bintang.
  • Dua beradik UiTM – bekerja sambil belajar melibatkan diri dlm saham atau ejen insurans, dah lupa… tetapi berupaya hidup mewah. Kakaknya mempunyai sebuah rumah banglo yg besar & memakai kereta BMW. Pergi ke link http://www.malaysiawan.com/ – majalah yg banyak memaparkan kejayaan orang Melayu dlm bidang perniagaan
  • Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia – satu2nya silat Melayu yg diundang menyertai Festival Senibina Diri Dunia 2000, di Chungju, Korea Selatan. Penyertaan kali pertama membuahkan hasil yang cukup membanggakan rakyat Malaysia seluruhnya apabila PSSLM dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan selepas memenangi kategori persembahan dan pakaian terbaik disamping pemilihan rakyat Chungju City yang mengundi PSSLM sebagai satu pasukan yang mempunyai disiplin terbaik yang mana hadiah tersebut telah disampaikan oleh Datuk Bandar Chungju sendiri.
  • Ahmad Amiruddin Mohamed – kelulusan dlm kejuruteraan elektrik. Multi jutawan Uptrend (E-commerce) dan hampir 100 orang jutawan melayu dalam Uptrend. Lihat link http://de-trb.tripod.com/testimonial/
  • Mohd Nasoha (pelajar universiti) – ejen Vemmabuilder yg diiktiraf dunia. Menerima anugerah Diamond Leader. Baca kejayaan beliau di link berikut http://nasoha.com/vemma-saya-menerima-anugerah-diamond-leader/. Beliau juga mempunyai akaun di FB.
  • Dr Azizan Osman, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah – pakar motivasi
  • Lebih kurang 10 jutawan Score A & berpuluh ejen Score A yg dikategorikan dlm kehidupan stabil, senang & mewah.
  • Les’ Copaque Sdn. Bhd. (Pengarah Urusannya Burhanuddin Mohd Radzi) – animasi Upin & Ipin. Melebarkan sayap ke Indonesia & India. Dlm perancangan utk menembusi pasaran Amerika Latin. Lihat link http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
  • Datuk Lat (nama penuh Datuk Mokhtar Noor Khalid) – kartunis Melayu. Hasil karyanya telah diterima oleh masyarakat antarabangsa.
  • Dr Romzey – ahli perniagaan produk kesihatan & kecantikan.
  • Leftenan Kolonel Muhammad Norazlan Aris dengan dibantu Mejar Mohd. Jasmi Abdul Wahab – menerbangkan jet pejuang Sukhoi SU-30MKM. Ketangkasannya menerbangkan jet pejuang menjadi buah mulut juruterbang Rusia pd pameran LIMA di Langkawi.
  • Halmi Jasmin – usahawan Intrapreneur Johor Corporation (JCorp) merupakan Pengarah Urusan Metro Parking, menerima Anugerah Usahawan 1Malaysia. Cerita lebih lanjut di link http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_FormulaJCorplahirkanHalmi/Article/index_html.; http://www.businessjihad.com/?p=3086
  • Mohd Suhaimy Abu Bakar – usahawan Internet & pengasas wangcyber.com, sebuah komuniti maya usahawan Internet Malaysia.
  • Rizalman & Datuk – fesyen.
  • Adly –berusia 17 thn pd thn 2008, menjalankan perniagaan ebook. Mendapat pendapatan RM10,000 sebulan. Kisah lanjut di link http://asmawati.com/category/usahawan/
  • Mohd Asyraaf Rosli – merangkul kejuaraan Kelas C (utk umur 11-12 thn) dlm Pertandingan Golf Remaja Dunia 2009 di Jakarta
  • Noor Arfa Batik (pengasas Wan Mohamed Ariffin Wan Long) – pemenang pertama dua anugerah Mara: Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya pd Mei 2007.
  • Bahulu Warisan (pemilik Siti Zuelliah) – boleh didapati di 26 lokasi termasuk empat buah di Singapura. Keterangan lanjut di http://manma90.blogspot.com/2008/09/bahulu-warisan-usahawan-melayu-yang.html
  • Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein – pelukis tersohor.
  • Sarhan Endut – anak Melayu pertama bekerja dalam dunia perbankan di Switzerland.
  • Datuk Hassan jamaluddin – kontraktor Malaysia di Sarajevo.
  • Razak Mohammed – pereka fesyen terkenal di Adelaide, Australia.
  • Ishak Mahyuddin – usahawan di Christchurch, New Zealand.
  • Siti Jaleha Mohd Yusof – pelukis dan pereka kaligrafi yang menetap di London.
  • Aida Mohd Redza pereka tari dan penari kontemporari – yang tinggal di Copenhagen, Denmark.
  • Ustaz Hasan Mahmud al-hafiz – Ibtisam Travel & Tour Sdn. Bhd, pakej umrah, ziarah dan haji. Turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan Bangladesh, BIMAN.
  • Jamil Saimon – Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Kebangsaan 2009. Pengusaha tanaman kelapa sawit, keladi putih, pisang dan lengkuas yang turut menceburi ternakan lembu dan ikan.
  • Allahyarhamah Datuk Sosilawati – produk kecantikan & perniagaan2 lain.
  • Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir – Pengerusi Eksekutif Sapura Holdings Berhad.
  • EMKay Group, Tan Sri Mustapha Kamal – projek harta tanah.
  • Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin (tiada kelulusan tinggi) – tuan punya Naza Motor & beberapa perniagaan lain.
  • Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (pendidikan hanya tingkatan 5) – tokoh perniagaan Melayu yg terkenal. Baca kejayaan Tan Sri di link berikut http://parpukari.wordpress.com/2010/03/15/siapa-kata-melayu-tak-boleh-berjaya-baca-kisah-ini/;http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/01/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary/

14 March 2011

YANG MANA SATU DIRI ANDA???


VSS-Very Sad Story??
Adakah dengan mencari pekerjaan lain dapatmemberi jaminan kepada anda untuk membina kehidupan yang lebih baik setelah diarahkan berhenti kerja..
Lihat lah keadaan ekonomi sekarang..agak-agak senang tak nak dapatkerja baru??

Anda Makan Gaji??
Kalau sekadar gaji cukup-cukup makan, macammana boleh berasa bahagia mahupun berpuas hati denganapa yang anda perolehi?
takkan nak bertahan sajadengan apa yang ada..kecik hati tak jika part time pun dah boleh lawan gaji bulan-bulan??

Anda Ahli Perniagaan??
Kan lebih bagus kalau anda ada 'backup'.
Ingat!
Sediakan payung sebelum hujan..

Anda Surirumah??
Perbelanjaan anda semikin meningkat, termasuklah perbelanjaan anda sendiri..
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban pasangan anda selain perolehi pendapatan sendiri.
OK ke tak, duk rumah pun dah dapat pendapatan sendiri, dapat tolong suami, anak-anak, keluarga..

Anda Mangsa Pelaburan??
Sudah-sudahlah dengan angan-angan nak jadi kaya tanpa berbuat apa-apa.
Ingat!!
9/10 daripada sumber pendapatan adalah daripada perniagaan bukan pelaburan!

Anda Pesara??
Bagaimanakah anda boleh menggandakan pendapatan selain bergantung duit 'pencen' sahaja?
Jangan cepat berasa selesa kerana segala hutang dan tanggungjawab anda berjalan seperti biasa..

Anda Pelajar/Bakal Graduan??
Belum tentu lagi anda keluar sebagai graduan yang mempunyai pekerjaan yang baik.
Sampai bila pula mahu mengharapkan bantuan MBF (Mak Bapak Finance),PTPTN??
Ok tak jika part time semasa belaja lagi dah boleh tanggung kehidupan di universiti??
Anda senang,Ibubapa pun senang..

Anda Bekerja Over-time??
Berbaloikah dengan bekerja lebih masa anda itu??
Kalau dalam bisnes ni sehari anda boleh menjana pendapatan 4 angka.
Kalau kerja lebih masa anda itu dapat berapa??

Harga apa pun akan terus naik dan terus naik lagi...
Gaji naik setahun SETAHUN SEKALI...
Harga barang naik BERKALI-KALI...susah nak turun...

kerjalah sekuat mana pun..kehidupan makin lama makin susah...
Hutang makin lama makin bertambah...

Cara atasi kenaikan harga bukanlah dengan berharap harga akan turun,tapi pastikan pendapatan kita naik jauh lebih tinggi dari kenaikan harga barangan.... "

Hari ini, terdapat 4 Golongan...

Banyak MASA Tak ada DUIT
Tak ada MASA tapi banyak DUIT
Tak ada MASA & Tak Ada DUIT
Banyak MASA & Banyak DUIT