PERKARA YG DI BERIKAN TUMPUAN DI SINI IALAH BEBERAPA AMALAN YG BERUPA AYAT2 AL-QURAN, HADITH2, DOA2 DAN ZIKIR2 YG INSYAALLAH APABILA DI AMALKAN AKAN DI KURNIAKAN REZEKI YG LUAS HALAL DAN BERKAT.
- Wiridkan Al Fatihah 41x di antara Sunat subuh. Adalah lebih baik di amalkan 40hari berturut2. INSYAALLAH akan mendapat rezeki yg luas.
- Baca surah Al Fatihah 7x, Ayat kursi 7x, Surah Al Kafirun 7x, Surah Al Ikhlas 7x, Surah Al Falaq 7x dan Surah An Naas 7x selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan). INSYAALLAH di ampunkan segala dosa, terpelihara hingga ke Jumaat hadapan dan di limpahkan rezeki yg tidak terhingga.
- Baca Surah Al Fatihah pada setiap awal bulan Hijrah bermula hari Ahad. Di baca Hari Ahad 70x, Hari Isnin 60x, Hari Selasa 50x, Hari rabu 40x, Hari Khamis 30x hari Jumaat 20x dan Hari Sabtu 10x INSYAALLAH murah rezeki, kaya raya dan terbuka segala pintu kebaikan.
- Baca Al Fatihah 1000x INSYAALLAH murah rezeki, mendapat pangkat dan kedudukan yg tinggi.
- Baca BISMILLAH 300x ketika matahari terbit (menghadap matahari ) dan selawat 300x INSYAALLAH di murahkan rezeki dan di kurniakan kekayaan zahir dan batin. Mujarrab.
- Baca Ayat Kursi 170x selepas solat atau tengah malam kemudian Baca Ya Kaafiyu Ya Ghaniyu Ya Fattahu Ya Razzak 3000x INSYAALLAH di kurniakan pangkat dan di bebaskan dari belenggu hutang. Mujarrab.
- Baca surah Ali Imran ayat 26-27 selepas solat fardhu, solat sunat, sebelum tidur dan bangun tidur, INSYAALLAH akan di luaskan rezeki, di berkati dan di naikkan pangkat.
- Baca Surah Ali Imran Ayat 37 atau tulis dgn memecahkan huruf2nya, kemudian di letakkan di kedai, INSYAALLAH jadi pelaris.
- Amalkan selalu akhir Ayat 73-74 atau tulis kemudian di letakkan di kedai, IASYAALLAH laris jualan dan di kabulkan hajat.
- Baca Ayat di atas 100x selepas solat Subuh pada Hari Jumaat, nescaya di limpahkan rezeki lahir dan batin hingga Jumaat akan datang.
- Amalkan Surah Ali Imran Ayat 173-174INSYAALLAH di kasihi dan di luaskan rezeki.
- Baca Surah Al Waqiah 3x selepas isya' INSYAALLAH di hindarkan dari papa kedana serta di luaskan rezeki.
( Hadith Riwayat Al-Hakim daripada Mu"aqqal bin Yassar r.a.)
No comments:
Post a Comment