OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.
2: Potong kad kreditAmbil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.
3: Jaga emosiSiapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!
4: Pakar 1 topik kewanganAnda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.
Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.
5: Hutang yang bagusSelepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?
Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.
Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!
6: Baca 30 minitPop kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda.
Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu.Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.
Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?
Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.
7: Cari kawan baruAnda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!
8: Jangan baca sahajaJangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
Sumber :Oleh: Irfan Khairi
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
Sumber :
Oleh: Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment