04 February 2011

NAK JADI JUTAWAN..


Tanyalah pada sesiapa pun, pasti mereka ingin menjadi JUTAWAN sebab bila jadi JUTAWAN kehidupan menjadi semakin indah. Keindahan itu terjadi kerana banyak perkara yg boleh di lakukan di sebabkan duit bukan lagi menjadi satu masalah.

Yang membuatkan kepala berserabut dengan masalah ialah disebabkan duit tak ada atau pun tak cukup sedangkan keinginan tinggi dan banyak sehinggakan 1 rim kertas A4 pun tak cukup kalau nak dituliskan satu persatu. Hari ini kebanyakkan orang apa yang mereka miliki bukanlah apa yg mereka impikan sebaliknya ialah apa yg mereka mampu.

Hendak jadi JUTAWAN sebenarnya tidaklah susah mana cuma kadang kala kita sendiri yg membuatkan ianya seperti seperti terlalu sukar untuk dicapai. Jika menjadi JUTAWAN itu susah atau sukar, macam mana dalam masa beberapa tahun sahaja begitu ramai JUTAWAN dilahirkan. Ini bermakna untuk menjadi JUTAWAN tidak susah dan sukar cuma kita sahaja yg tidak mahu yakin dan percaya bahawa kita memang boleh jadi JUTAWAN.

Antara yg menyebabkan seseorang tidak boleh jadi JUTAWAN ialah disebabkan diri mereka sendiri, mereka sering memberikan alasan, mereka sentiasa suruh orang lain buat dulu nanti mereka ikut dari belakang, mereka sendiri tidak mempunyai jati diri yg kuat, mereka sendiri mudah kecewa dan berputus asa, mereka sendiri yg tidak mahu bertindak untuk mencari dan merebut peluang dan banyak lagilah alasan yg mereka bagi dan cipta.

Jika begini lebih baik jangan berangan nak jadi JUTAWAN sebab ciri2 untuk menjadi JUTAWAN pun tidak ada, bukan apa takut nanti jika ditakdirkan jadi JUTAWAN mereka akan membuat JUTAWAN-JUTAWAN lain rasa malu disebabkan mereka masih tidak tahu bahawa mereka sudah bergelar JUTAWAN.

Lebih baik lakukan dahulu perubahan pada diri dan bila sudah berubah baru difikirkan tentang nak jadi JUTAWAN, kalau tidak tak payah buat, buang masa sahaja..


No comments: