26 July 2011

Cara Makan Ikut Sunnah


Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
Pahala yang berlipat ganda
Keberkatan.
Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.
1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar tu.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.
Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu
Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.
Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat
PAHALA
KEBERKATAN.
Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?
Buatlah pilihan yang bijak… hehe

Petua Tercekik Tulang...


Aku dapat nie dari forwarded e-mail, sesiapa yg menulis benda nie aku rasa dia memang kelakar..... ... and not only that the message were well presented... ...... Nice!!!!


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer....."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,


Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Ñ×utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!


Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa?


Stainless steel ke inconnel 601?
Nak pakai colour camne?
Matelic ke cooper?
Kan susah tu!!!


Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?
oktagon?
nanagon?
nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah!
jimat !
hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!


Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barakatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "


Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..


Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)


"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?


Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!

(tak lawak) ha ha ha!!!" 


Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..


Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..
hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah.. "


Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...


"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer....."(kata abang aku)


Aku kata: "senang sajer...
Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..
tapi masih tak jadi..


Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)


Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!
He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

21 July 2011

Bacalah ‘zahrawain’


Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir). ”


Hadith Riwayat : (Muslim)



  
Huraian
Al Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu al Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hukum Membunuh Cicak


Didalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’ at Tirmidzi dari Abu Hurairoh berkata : Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu kebaikan yang berbeda dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeza dengan yang kedua.
Di dalam shahih Muslim disebutkan : Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang kedua).
Didalam “al Mu’jam al Ausath” milik Thabrani dari hadits Aisyah berkata,”Aku mendengar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang membunuh cicak maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya.”
Ibnu Majah meriwayatkan didalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bahwa dirinya menemui Aisyah dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yang tergeletak. Dia pun bertanya kepada Aisyah,”Wahai Ibu kaum mukminin apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?” Aisyah menjawab,”Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberitahu kami bahwa tatkala Ibrahim as dilemparkan ke dalam api tak satu pun binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang meniup-niupkan apinya. Maka Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.” Kitab “az Zawaid” menyebutkan bahwa hadits Aisyah ini shahih dan orang-orangnya boleh dipercaya.
Namun demikian bukan bererti setiap kali kita mendapatkan cicak harus dibunuh dikaranakan perintah didalam hadits tersebut bukanlah sebuah kewajiban akan tetapi disunnahkan membunuh setiap cicak yang membahayakan.
Imam Suyuthi menyebutkan didalam “al Asbah an Nazhoir” bahwa Binatang-binatang itu terbagi menjadi empat macam :
1. Binatang yang didalamnya terdapat manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh dibunuh.
2. Binatang yang mengandung bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka dianjurkan untuk dibunuh seperti : ular dan binatang-binatang yang berbahaya.
3. Binatang yang mengandung manfaat didalamnya dari satu sisi namun berbahaya dari sisi lainnya, seperti : burung helang maka tidak dianjurkan dan tidak pula dimakruhkan untuk membunuhnya.
4. Binatang yang tidak mengandung manfaat didalamnya dan tidak pula berbahaya, seperti : ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah diharamkan dan tidak pula dianjurkan untuk membunuhnya. (Al Asbah an Nazoir juz II hal 336)
Jadi apabila memang cicak yang ada di sekitar kita itu membahayakan manusia atau meracuni makanan maka dibolehkan bagi kita untuk membunuh cicak tersebut.

20 July 2011

Paderi Katholik Britain Memeluk Islam

Idris Tawfiq

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
(QS Yunus: 25)

Ayat tersebut di atas menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan hidayah (jalan kebaikan) kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya untuk memilih Islam. Tak peduli sesiapa pun. Baik kanak-kanak, majikan, mahupun tokoh agama bukan Islam sekalipun. Ayat tersebut sesuai dengan kisah Idris Tawfiq , seorang paderi di Britain yang akhirnya memilih Islam di dalam hidupnya. Beliau menjadi mualaf setelah mempelajari Islam dan melihat sikap lemah-lembut serta kesederhanaan umat Islam.

Sebelumnya, Idris Tawfiq adalah seorang paderi di gereja Katholik Rom di Britain. Pada awalnya beliau memiliki pandangan yang negatif terhadap Islam. Baginya Islam hanya sesuai dengan keganasan, potong tangan, diskriminasi terhadap perempuan, dan sebagainya. Namun pandangan itu mulai berubah ketika beliau melakukan kunjungan ke Mesir. Di negara piramid itu, Idris Tawfiq menyaksikan ketulusan dan kesederhanaan kaum Muslimin dalam melaksanakan ibadah dan serta keramahan sikap mereka. 

Beliau melihat sikap umat Islam yang jauh berbeza dengan pandangannya selama ini. Menurutnya, Islam sangat lembut, bertolak ansur, sederhanana, ramah, dan memiliki sifat keteladanan yang boleh dijadikan contoh untuk agama lain.

Mesir, negara yang membawa perubahan besar dalam hidup Tawfiq

Di Mesir, Tawfiq dapat merasakan kedamaian yang dicarinya. Pada awalnya hanya sebagai mengisi waktu cutinya dengan menyaksikan Pirmad, unta, padang pasir, dan pepohon padang pasir. Namun perkara ini membawanya kepada Islam dan membuat perubahan yang besar di dalam hidupnya.

''Mulanya mahu bercuti. Saya menaiki pesawat ke Hungary. Di Eropah saya mengunjungi beberapa pantai. Selepas itu saya menuju keKaherah, Mesir dan di sana saya menghabiskan masa yang paling indah di dalam hidup saya.''

''Ini adalah kali pertama saya berkenalan dengan umat Islam dan Islam. Saya melihat masyarakat Mesir yang lemah lembut, orangnya manis, tetapi sangat kuat,'' terangnya.

''Saya melihat mereka tenang, lembut, dan tertib dalam beribadah. Terdapat juga suara panggilan solat (azan), mereka yang kebanyakannya peniaga, segera bergegas menuju masjid. Indah sekali saya melihatnya,'' katanya.

Dari sinilah, pandangan Tawfiq berubah tentang Islam. ''Waktu itu, seperti masyarakat Britain yang lain, pengetahuan saya tentang Islam adalah seperti yang saya lihat di dalam TV bahawa Islam adlah ganas. Tetapi itu bukanlah ajaran Islam.'' tegasnya.

Di sana beliau membaca Al-Quran. Tawfiq terbaca keterangan di dalam Al-Quran yang menyatakan:

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. 
(Al-Maidah ayat 82).

Ayat ini membuatnya berfikir panjang. Baginya Islam adalah sangat baik dan bertolak-ansur. Tetapi ada pihak yang amat memusuhi islam. Inilah yang menjadi babak awal keislaman bekas paderi Britain ini dan akhirnya beliau menerima Islam.

Pulang dari Mesir, Tawfiq masih lagi menjadi penganut agama Katholik. Ketika beliau aktif mengajar pelajaran agama kepada para pelajarnya di sebuah sekolah umum di Britain, beliau diminta untuk mengajarkan pelajaran perbandingan agama.

''Saya mengajar tentang agama Kristian, Islam, Judaisme, Buddha dan lain-lain. Jadi, setiap hari saya harus membaca tentang agama Islam untuk saya ajarkan kepada pelajar. Dan di sana terdapat ramai penuntut Muslim berketurunan Arab. Mereka menunjukkan contoh pergaulan yang baik dan bersikap sopan dengan rakan-rakan. Dari sini, saya makin berminat untuk berinteraksi dengan pelajar Muslim,'' ujarnya.

Sepanjang bulan Ramadhan, beliau melihat umat Islam, termasuk para siswanya, berpuasa serta melaksanakan solat tarawih bersama-sama. ''Perkara ini saya saksikan hampir setiap hari dalam bulan ramadhan. Lama kelamaan saya mula belajar dengan mereka, walaupun ketika itu saya belum menjadi Muslim,'' papar Tawfiq.

Pada bulan Ramadhan, Tawfiq mempelajari Al-Quran. Beliau membaca ayat-ayat Al-Quran dari terjemahannya. Dan ketika membaca ayat 83 surah Al-Maidah, beliau kaku.

''Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Alquran).'' 
(Al-Maidah ayat 83)

Secara tiba-tiba, Tawfiq dapat merasakan apa yang disampaikan Alquran. Beliau menangis. Namun beliau sembunyikan dari pandangan para pelajarnya. Beliau dapat merasa sesuatu di sebalik ayat tersebut.

Bermula dari kejadian itu, Tawfiq makin bersungguh-sungguh mempelajari Islam. Ketika terjadi peristiwa 11 September 2001dimana dua menara kembar World Trade Center (WTC) di Amerika Serikat telah dirempuh oleh pesawat, ramai orang yang mempersalahkan umat islam dan Islam. Beliau sangat hairan. Walaupun masih memeluk Kristian, beliau yakin bahawa Islam tidak seperti itu.

''Awalnya saya takut juga. Saya khuatir peristiwa sama akan berulang di Britain. Lebih-lebih lagi orang barat menuduh orang Islam yang melakukan rempuhan itu.'' kata Tawfiq.

Namun Tawfiq yakin, Islam tidak seperti apa yang barat fikirkan. Dengan pengalaman di Mesir, beliau dapat melihat Islam adalah agama yang sangat baik, dan penuh dengan toleransi. Terdetik di hatinya, ''Mengapa Islam? Mengapa kita menyalahkan Islam sebagai agama keganasan. Bagaimana jika kejadian itu dilakukan oleh orang Kristian? Adakah Kristian akan dilabel sebagai pengganas?'' Kerana itu, beliau mengagak kejadian itu hanyalah dilakukan oleh pihak tertentu, dan bukannya dari ajaran Islam.

Tawfiq bersama rakan Islam Amerika


Memeluk Islam

Bermula dari situ, beliau cuba mencari jawapannya. Beliau pergi ke Masjid terbesar di London dan berbincang dengan Yusuf Islamtentang Islam. Tawfiq memberanikan diri bertanya pada Yusuf Islam. ''Apa yang akan kamu lakukan apabila menjadi Muslim?''

Yusuf Islam menjawab. ''Seorang Muslim harus percaya pada satu Tuhan, solat lima kali sehari, dan berpuasa pada bulan Ramadhan,'' ujar Yusuf yang dikenali sebagai Cat Stevens.

Tawfiq berkata, ''Semua itu sudah saya lakukan.''

Yusuf berkata, ''Jadi apa yang kamu tunggu?''

Saya katakan, ''Saya masih seorang yang beragama Kristian.''

Perbincangan kami terhenti seketika kerana sudah tiba waktu solat zohor. Para jamaah bersiap-siap untuk menunaikan solat. Saya mundur ke belakang saf dan menunggu sehingga selesai solat.

Ketika menunggu, Tawfiq terdengar  suara yang mempertikaikan sikapnya. ''Saya menjerit, walaupun di dalam hati. ''Siapa yang cuba bermain-main dengan saya.''

Namun saya tidak menjumpai pemilik suara itu. Tetapi suara itu mengajak saya untuk memeluk. Akhirnya, selepas solat selesai, Tawfiq segera menuju ke arah Yusuf Islam. Dan beliau menyatakan ingin memeluk Islam. Tawfiq meminta Yusuf Islam mengajarnya mengucap dua kalimat syahadat.

''Ayshadu an Laa Ilaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.'' Saya bersaksi, tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah.

Jamaah menyambut dengan gembira. Tawfiq menitiskan air mata. Bukan kerana sedih, tetapi terasa sangat bahagia.

Tawfiq telah memilih agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini. Beliau tidak menyesal setelah menjadi pengikutnya. Pangkat dan penghargaan yang diterimanya dari gereja dilupakan dan ditinggalkannya.

Seperti yang kita tahu, Idris Tawfiq mendapat gelaran kesarjanaan dari University of Manchester dalam bidang sastera, dan gelaran bishop dari University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Berstatuskan gelaran tersebut, beliau dapat mengajar ilmu Katholik kepada jemaatnya. Namun, akhirnya beliau beralih mengajarkan Islam kepada masyarakatnya.

''Dulu saya gembira menjadi paderi dan pastor untuk membantu masyarakat selama beberapa tahun  yang lalu. Namun, saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya beruntung, Allah SWT memberikan hidayah pada saya. Saya tidak menyesal meninggalkan tugas saya di gereja. Saya percaya, kejadian (keislamannya) ini lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupan masa lalu saya,'' terangnya.

Berdakwah Melalui Lisan dan Tulisan

Ketika ditanyakan pada Idris Tawfiq tentang perbezaan besar antara Kristian Katholik dan Islam, beliau berkata: ''Dasar dari agama Islam adalah Allah. Semua perkara disaksikan Allah, tidak ada yang luput dari perhatianNya. Ini berbeza dengan agama lain. Islam merupakan agama yang menyeluruh.''

Beliau menambah, Islam mengajar umatnya untuk senantiasa beribadah kepada Allah setiap masa. Tidak hanya beribadah pada hari minggu. Selain itu beliau berkata, Islam mengajar umatnya cara menegur dan menyapa orang lain dengan lembut, bersikap ramah, mengajarkan adab makan dan minum, memasuki rumah orang lain, cara bersilaturahim yang baik. ''Tidak hanya dengan itu, semua persoalan dijawab dan diajarkan di dalam Islam,'' terangnya.

Penceramah Dan Penulis

Caranya bertutur, sikapnya yang sopan santun banyak disukai masyarakat. Gaya bicaranya yang baik serta sederhana dan lemah lembut, menyentuh hati menyebabkan orang mudah terpikat dengan hujah-hujahnya. Tawfiq kini giat berceramah dan menulis buku tentang Islam dan keislamannya.

Tawfiq menyampaikan ceramah ke merata tempat dengan satu tujuan, menyebarkan dakwah Islam. Idris Tawfiq mengatakan, dia bukanlah pakar dalam agama. Namun beliau memiliki cara menjelaskan tentang Islam dalam bentuk yang sangat sederhana. Dia memiliki banyak pengalaman dalam berceramah dan mengenali karakter masyarakat.

Tawfiq juga dikenali sebagai penulis. Tulisannya tersebar di ruangan surat khabar, majalah, jurnal, dan laman web. Beliau juga menyumbang artikel-artikel dalam laman web www.islamonline.netdan www.readingislam.com

Dia menulis artikel mingguan di Mesir Mail, akbar tertua Mesir berbahasa Inggeris, dan Sawt Al-Azhar, surat khabar Al-Azhar University. Dia juga adalah pengarang beberapa buah buku. Antaranya, Dari syurga yang penuh kenikmatan: sederhana, pengenalan Islam; Berbicara ke Pemuda Muslim; Berbicara ke Mualaf. Selain itu, beliau juga menjadi juru bicara umat Islam di Barat. Beliau juga banyak memberi ceramah melalui radio dan televisyen.

Web beliau : http://www.idristawfiq.com

Saksikan video 'My Journey to Islam' oleh Idris Tawfiq di bawah