13 September 2013

Baju butik rege kaki limo supermarket..

Baju ni biasa jual di kelab golf..

Jgn tgk tag harga sbb blh pitam..


Nk bg rege adik abang(RM45 jer).. 


Fabric microfiber cool dri..


Kompom pueh ati..


Bak kato oghang baju butik rege kaki limo supermarket..
 


SPIN GOLF
Fabric Micro Fiber(Cool Dri) 
Harga RM45 jer..
Warna yang menarik
Jenis Fabric tertera di tag
Warna yang lembut
Boleh pitam kalau tengok price tag









Imam Malik r.a. pernah berkata " Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ". 

Tugas individu muslim ialah kembali kepada pekara dasar. Menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yng pertama. Yakni Khalifah, dengan setiap amir memerintah dengan syariah, awqaf (waqaf) - sistem kebajikan sosial dalam masyarakat Islam, zakat (diambil) oleh amil, menyegerakan pengagihannya kepada fakir miskin dan asnaf yang berhak. Dinar emas dan dirham perak, muamalat halal dari suq (pasar) yang tidak ada sewaan. Cukai terhad dari kharaj dan jizya keatas ahlul zhimmah ketika mana Allah memberi kita kekuasan untuk memerintah dan meluaskan tanah pemerintahan dibawah Islam. Para sahabat r.anhum bermodelkan Rasulullah s.a.w dari pekara kecil hinggalah pekara besar. 

Imam Malik berkata " Ilmu adalah nur - cahaya yang Allah s.w.t letakkan mengikut kehendaknya, bukan kerana banyaknya riwayat ".

Menuntut ilmu bukan sekadar mendapat pengetahun, tetapi sebenarnya lebih dari itu. Rasullullah s.a.w telah merubah masyarakat di sebuah bandar, dan dari sana merubah seluruh Arab dan dunia. Mukjizat ini berterusan hingga sekarang. Generasi awal Madinah adalah kumpulan teras, ditarbiyah, mendapat ilmu dan membina tamaddun dengan bimbingan Rasullullah s.a.w . Generasi selepas itu belajar dari para sahabat, pengaliran ilmu tertumpu dan sangat jelas dari Madinah Al Munawwarah. Para sahabat meriwayatkan kepada tabiin dan seterusnya tabiin kepada tabiin at tabiin. Amalan salaf tiga generasi pertama ini merujuk kepada amal masyarakat Madinah. Semua generasi ini memperkayakan lagi rekod amalan ini dengan isu isu baru yang timbul , dengan mengikut ilmu yang sangat jelas dari Al Quran dan Sunnah.

Yang paling penting untuk zaman sekarang, rekod amalan masyarakat Madinah termasuk amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada umat Islam sebelum ini, sangat - sangat diperlukan hari ini. Amal masyrakat Madinah generasi pertama sendiri adalah bukti sunnah seperti hadis mutawatir yang diriwayatkan dari sebahagian besar sahabat kepada generasi selepas mereka.

Kelemahan umat Islam ialah kerana membenarkan ideoloji - ideoloji asing, dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk, mereka telah meninggalkan siasah dan muamalat Madinah. Maka lahirlah evolusi demokrasi dan sistem kewangannya yang saling kait mengait antara satu sama lain. Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yang direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia.


Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat. Mereka buta kepada muamalat Islam, tidak kenal, dinar dan dirham, qirad dan sebagainya. Mereka hanya kenal politik kepartian, demokrasi dan pilihanraya dalam ruang lingkup yang amat sempit. Hinggakan jawatankuasa masjid dan surau pun dipilih atas demokrasi. Perbankan Yahudi diperkuatkan melalui perbankan Islam.


Kemana kita ?
Dirham dan dirham adalah sebahagian dari tugas kita, tetapi bukan segala - galanya. 
Tetapi umat Islam kini dipenjara dengan wang kertas dan mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar.
Sampai - sampaikan ilmu sesama kita. 



Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=115293535163048
Bersin dan menguap merupakan fitrah yang wujud pada manusia. setiap manusia, pasti pernah bersin dan menguap.

Nabi Muhammad SAW ada menyatakan tentang menguap dan bersin ini dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW berkata;

إن الله يحب العطاس ، ويكره التثاؤب ، فإذا عطس فحمد الله فحق على كل مسلم سمعه أن يشمته ، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فليرده ما استطاع ، فإذا قال : هاء ضحك منه الشيطان
Maksudnya;“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin danbenci kepada orang yang menguap. Apabila seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah. lalu, menjadi tanggungjawab bagi muslim yang mendengar bahawa dia membalasnya (membaca yarham Kallah : mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu). Dan adapun menguap, ia adalah daripada syaitan, maka hendaklah dia berusaha agar tidak menguap sekadar mampu yang boleh. sekiranya ia tidak berusaha, maka dia telah menyebabkan syaitan ketawa terhadapnya[1]”Memandangkan menguap merupakan amalan yang tidak disukai oleh Allah SWT, maka hendaklah ketika seseorang muslim itu menguap, bahawa dia berusaha menutup mulutnya dengan tangan.Dalam satu hadis, daripada Abu Siad Al-Khudri berkata, bersabda Nabi SAW;إذا تثاءب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخلMaksudnya;“Apabila seseorang kamu itu menguap, maka hendaklah dia tutup mulutnya dengan tangan. (jika tidak) syaitan akan masuk[2]”Adapun ketika bersin, apabila seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah, kemudian memberi balasan jawab dari orang yang mendengarnya.Daripada Abu Hurairah berkata, bersabda Nabi SAW;إذا عطس أحدكم فليقل : الحمدلله ، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله ، فإذا قال له يرحمك اله ، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكمMaksudnya;“apabila seseorang kamu bersin, maka hendaklah dia berkata, “Segala puji bagi Allah”. kemudian, saudaranya hendaklah berkata, “Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu”. Apabila saudaranya sudah mengatakan sedemikian, maka hendaklah dia berkata, ”mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada kamu dan memberi kebaikan pada segala cita-cita kamu[3]”PERBUATAN KETIKA BERSINKetika bersin, menyebabkan air liur akan merecik, juga suara yang kuat boleh mengganggu ketengangan orang lain. Ekoran itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah berkata;كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا عطس وضع يده أو ثوبه ‘إلى فيه وخفض أو غض بها صوتهMaksudnya;“Apabila Rasulullah SAW bersin, baginda akan meletakkan tangan atau pakaian baginda pada mulutnya, dan berusaha merendahkan suara baginda[4]”Dari hadis ini, terdapat huraiannya seperti berikut;Pertama :Ketikabersin, kadangkala boleh menyebabkan air liur merecik. Ia sudah pasti, merupakan gangguan ketika berada di khalayak ramai. Terutama ketika sedang makan berjemaah, sama ada makan dalam pinggan, mahupun makan dalam talam.Ekoran itu, bagi menghormati hak orang yang hadir, baginda SAW berpesan agar ketika bersin itu, bahawa menutup mulut; sama ada dengan menggunakan kain, mahupun menggunakan tangan.Kedua :Jika duduk dalam majlis orang ramai. Dalam majlis itu, terdapat ucapan dari orang-orang besar, ataupun dalam majlis ceramah atau kuliah agama. Ketika semua sedang mengambil perhatian terhadap segala ucapan yang sedang disampaikan, tiba-tiba kita bersin. Sudah pasti, ia akan menganggu pemerhatian orang ramai.Justeru, bagi mengelak gangguan tersebut, hendaklah diusahakan agar ketika bersin itu suara itu dapat dikawal, agar tidak dibiarkan ia berbunyi sesuka hatinya. Ia bertujuan, untuk menghormati daripada orang ramai mendapat gangguan ekoran bersin kita.BERAPA KALI?Orang yang bersin ini, ada beberapa sebab. Ada ia bersin, disebabkan selesema, bahkan tidak dinafikan wujud orang yang bersin hanya sekali sekala sahaja.Sekali sekala bersin, adalah perkara biasa. Adapun sekiranya dalam satu masa, seseorang itu bersin berturut-turut sehingga melebihi kadar yang sepatutnya, pasti itu merupakan tanda-tanda awal terkena penyakit selesema.Ketika bersin yang biasa, digalakan mengucap pujian terhadap Allah, lalu dibalas dengan doa memohon rahmat terhadap orang yang bersin. Pun begitu, sekiranya bersin itu melebihi dari kadar sepatutnya, tindakan mengucap pujian dan membalas dengan memohon rahmat, tidak lagi perkara yang disunatkan lagi.Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Salamah bin Al-’Akwa’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda ;يشمت العاطس ثلاثاً ، فما زاد فهو مزكومMaksudnya;“Dibalas ucapan orang yang bersin sekadar tiga kali. Adapun melebihi daripada itu, maka ia merupakan selesema[5]”Begitujuga dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Salamah bin Al-‘Akwa’ juga bahawa dia bercerita, “seorang lelaki telah bersin di sisi Nabi SAW. lalu Nabi SAW mengucapkan kepadanya;يرحمك اللهMaksudnya;“Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu”Kemudian, lelaki itu bersin lagi sekali, menyebabkan nabi SAW berkata;الرجل مزكومMaksudnya;“lelaki ini sedang selesema[6]”sekianWallahu 'alamAl-Bakistaniustaz_bakistani@yahoo.comp/s : Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ILMU dan saya ada satu ILMU, kemudian kita tukar ILMU tersebut, anda ada dua ILMU dan saya ada dua ILMU......

27 June 2013

“SIMPANAN LUAR BIASA”





Program ini khas buat mereka yang ingin berubah dari “SIMPANAN BIASA-BIASA” kepada “SIMPANAN LUAR BIASA”
  • Sesuai untuk dipraktiskan sendiri mahupun untuk MENJANA PENDAPATAN KELUARGA.
  • Kami akan tunjukkan jalan,supaya anda sedar HAKIKAT antara wang fiat dan wang yang sebenar (emas) serta CARA menuju ke arah kebebasan kewangan.
  • ANDA BERPELUANG MENDAPAT RUUNDINGAN DARI PAKAR SIMPANAN EMAS KAMI.
  • Kami komited membantu anda untuk mengenali konsep simpanan dan pelaburan emas dalam dimensi yang sebenar dan rasa bersalah jika tidak berkongsi dengan anda.

Siapa Yang patut sertai ?
  1. MEREKA yang telah dan sedang menyimpan WANG KERTAS sebagai TABUNGAN/SIMPANAN.
  2. MENCARI PELUANG menambah PENDAPATAN tanpa perlu mencari "downline" kerana kami bukan MLM,skim cepat kaya,affiliate atau skim piramid.
  3. Menambah portfolio pelaburan dalam emas fizikal.
  4. Menceburi bidang perniagaan emas fizikal dengan bantuan modal disediakan.
  5. Mereka yang ingin keluar dari hidup biasa-biasa kepada hidup yang LUAR BIASA.