PERHATIAN!!! Ini adalah program bimbingan pengguna untuk menjadi usahawan.Dengan perbelanjaan yang betul anda mampu menjana pendapatan seterusnya kami bimbing bagaimana anda mampu menjana SAVING secara harian.Program ini hanya sesuai untuk golongan yang betul-betul serius ingin dibimbing untuk menjana pendapatan sampingan dan seterusnya membuat "DAILY SAVING".. Terima kasih.
08 August 2011
Kemana kita dengan dinar dan dirham
Imam Malik r.a. pernah berkata " Apa yang menjadi pembaikan (Islah) kepada generasi pertama , akan menjadi pembaikan kepada generasi terakhir ".
Tugas individu muslim ialah kembali kepada pekara dasar. Menghidupkan syariat berdasarkan model salaf al Madinah yang pertama. Yakni Khalifah, dengan setiap amir memerintah dengan syariah, awqaf (waqaf) - sistem kebajikan sosial dalam masyarakat Islam, zakat (diambil) oleh amil, menyegerakan pengagihannya kepada fakir miskin dan asnaf yang berhak.
Dinar emas dan dirham perak, muamalat halal dari suq (pasar) yang tidak ada sewaan. Cukai terhad dari kharaj dan jizya keatas ahlul zhimmah ketika mana Allah memberi kita kekuasan untuk memerintah dan meluaskan tanah pemerintahan dibawah Islam. Para sahabat r.anhum bermodelkan Rasulullah s.a.w dari pekara kecil hinggalah pekara besar.
Imam Malik berkata " Ilmu adalah nur - cahaya yang Allah s.w.t letakkan mengikut kehendaknya, bukan kerana banyaknya riwayat ".
Menuntut ilmu bukan sekadar mendapat pengetahun, tetapi sebenarnya lebih dari itu. Rasullullah s.a.w telah merubah masyarakat di sebuah bandar, dan dari sana merubah seluruh Arab dan dunia. Mukjizat ini berterusan hingga sekarang. Generasi awal Madinah adalah kumpulan teras, ditarbiyah, mendapat ilmu dan membina tamaddun dengan bimbingan Rasullullah s.a.w .
Generasi selepas itu belajar dari para sahabat, pengaliran ilmu tertumpu dan sangat jelas dari Madinah Al Munawwarah. Para sahabat meriwayatkan kepada tabiin dan seterusnya tabiin kepada tabiin at tabiin. Amalan salaf tiga generasi pertama ini merujuk kepada amal masyarakat Madinah. Semua generasi ini memperkayakan lagi rekod amalan ini dengan isu isu baru yang timbul , dengan mengikut ilmu yang sangat jelas dari Al Quran dan Sunnah.
Yang paling penting untuk zaman sekarang, rekod amalan masyarakat Madinah termasuk amalan berurusniaga tanpa riba, yang memberikan kekuatan dan kekayaan kepada umat Islam sebelum ini, sangat - sangat diperlukan hari ini. Amal masyrakat Madinah generasi pertama sendiri adalah bukti sunnah seperti hadis mutawatir yang diriwayatkan dari sebahagian besar sahabat kepada generasi selepas mereka.
Kelemahan umat Islam ialah kerana membenarkan ideoloji - ideoloji asing, dari Yahudi dan Nasrani menyelinap masuk, mereka telah meninggalkan siasah dan muamalat Madinah. Maka lahirlah evolusi demokrasi dan sistem kewangannya yang saling kait mengait antara satu sama lain. Mereka diperangkap dengan istilah politik dan ekonomi moden yang direkacipta Yahudi di institusi terkenal dunia.
Maka umat jadi buta tentang khalifah, Amriah, waqaf, kharaj dan jizyah dalam siasah mengurus umat. Mereka buta kepada muamalat Islam, tidak kenal, dinar dan dirham, qirad dan sebagainya. Mereka hanya kenal politik kepartian, demokrasi dan pilihanraya dalam ruang lingkup yang amat sempit. Hinggakan jawatankuasa masjid dan surau pun dipilih atas demokrasi. Perbankan Yahudi diperkuatkan melalui perbankan Islam.
Kemana kita ?
Dirham dan dirham adalah sebahagian dari tugas kita, tetapi bukan segala - galanya.
Tetapi umat Islam kini dipenjara dengan wang kertas dan mereka tidak tahu bagaimana hendak keluar.
Sampai - sampaikan ilmu sesama kita.
Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=115293535163048
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment