21 May 2011

DERMA RM1.00



JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU ANDA TAK KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT DAN KALAU DATANG DERMA RM1.

Jumlah kutipan derma solat jumaat di sebuah masjid sekitar KL adalah antara RM3500-RM5500 setiap solat jumaat...kehadiran muslim yg bersolat Jumaat dianggarkan 3000-8000 setiap hari Jumaat bergantung kepada lokasi masjid...jadi, setiap penganut solat jumaat hanya menyumbang 50-80 sen jika diambil kira dari jumlah kutipan...


BAGAIMANA MAHU BICARA SOAL PERJUANGAN ISLAM, KEBANGKITAN, JIHAD, MEMBELA ISLAM DSB seperti yg sering diwar-warkan sekiranya umat islam hanya mampu menyumbang RM0.50 setiap minggu bersamaan RM2.00 sebulan...sedang di rumah ibadat penganut agama lain yg mengumpulkan bawah 200 orang penganut setiap minggu mampu mengutip lebih RM100K sebulan....


ALASAN BIASA penganut solat jumaat adalah sedekah itu ikhlas...jadi kira 50 sen lebih berkat dari RM1.00 yg tidak ikhlas.....bagaimana mahu ikhlas kalau hati nurani tiada kesedaran akan keperluan umat.....

Justeru, mari kita bersama menjayakan KEMPEN RM10.00 SETIAP JUMAAT OLEH SETIAP MUSLIM.....sekiranya setiap muslim faham akan keperluan kewangan oleh pentadbir masjid, sudah tentu RM1000 pon tiada masalah....dengan RM10.00 setiap minggu maka RM40.00 setiap bulan BOLEH BUAT ANDA MISKIN?
ATAU RUGI?


Sekiranya semua umat Islam faham akan keperluan ini....barulah boleh cerita soal KEMENANGAN ISLAM.....jika tidak......negara kita bakal berdepan dengan masalah seperti di PALESTINE(mohon pada ALLAH supaya dijauhkan)..... 

RON95 Naik Awal Bulan Depan?



PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.

Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.

Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.

"Kajian semula untuk harga petrol RON 95 dibuat pada Disember tahun lepas. Jadi semakan terbaru akan dilakukan hujung bulan ini atau awal Jun," jelasnya.

Ismail Sabri berkata, semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.

"Kita mesti lihat perkembangan yang berlaku di dunia pada ketika ini. Harga barang tidak akan kekal sepanjang masa," katanya.

Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama pasar raya, syarikat minyak dan persatuan hotel untuk membantu sektor koperasi memperluaskan pasaran produk keluaran mereka.

Katanya, pemasaran produk keluaran 35 buah koperasi terpilih dapat meningkatkan lagi peratusan penyenaraian tetap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.

Beliau turut berharap pihak hotel dan syarikat minyak mengecualikan caj penyenaraian tetap kepada PKS untuk disenarai tetap di premis masing-masing.

"Bersesuaian dengan program itu, kementerian mensasarkan sumbangan koperasi terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara akan dapat ditingkatkan kepada RM10 bilion menjelang 2013," katanya.

Untuk merealisasikan sasaran itu, beliau berkata Malaysia akan menjalin kerjasama dengan koperasi di Singapura bulan depan selain menggalakkan koperasi kecil bergabung untuk menjalankan perniagaan berskala besar.


Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/21/mstar_berita/20110520194601&sec=mstar_berita

Memohon UniFi Semudah ABC..


EKSLUSIF DI SMART SHOPPING ---> REBET TUNAI..!!


Jika berminat untuk apply UniFi, apa yang perlu anda lakukan : -
  • Email / sms nama(mengikut kad pengenalan).
  • No kad pengenalan.
  • Alamat tempat pemasangan.
  • Pakej yang dipilih.
  • Alamat email dan hp no.
  • Emailkan ic(depan belakang) kepada kami.
  • Anda boleh pilih 3 username.
Email ke unifi.tm@live.com.my atau sms ke 019-270 6663.

Cepat dan mudah.
Selepas success, kami akan sms / emailkan detail permohonan dan tarikh pemasangan ke 
email anda..
“Semudah ABC” Tanpa perlu beratur ke TM Point.
Semuanya di hujung jari anda.
Yang paling MENARIK..!!
Tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sebarang pertanyaan : -
Hubungi / sms : 019-270 6663
Email : unifi.tm@live.com.my


                                  Residential Packages
*The monthly download volume policy will not be implemented until further                          notice, while numbers indicate the download speeds.


                               Product Features
                      
                      
                              Enjoy triple play advantages of VIP:

                                  
V Video or Internet Protocol Television (HyppTV)
I High Speed Internet
P Phone (Voice Service)

And discover a whole new world in entertainment, communications and information.
                          

08 May 2011

SELAMAT HARI IBU..

Salam kasih serta sayang buat Bonda Massiah Bt Derusman..
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tiada tara jika dibandingkan dengan segala apa yang ada di dunia. Sembilan bulan dalam rahim bonda kandungkan sehingga anakanda semua lahir ke dunia…dari merangkak, bertatih, berjalan hingga berlari seiring perkembangan usia. Dengan penuh sabar bonda lalui dalam membesar dan mendidik sembilan cahaya mata. Semoga Allah melimpahkan kasih sayang sebagaimana kasihnya Bonda terhadap anakanda semua... Ameenn..
Buat ibu dan ayahku yang tercinta. Pengorbananmu sememangnya tidak mampu ku balas walaupun aku diberi kesempatan untuk hidup 1000 tahun. Ampun maaf dipinta kerana diri ini seringkali mengguris hatimu. Halalkan setiap titik air susumu serta titisan peluhmu yang bekerja siang dan malam untuk membesarkanku. "I Love U So Much!"
" Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa2 kami dan dosa2 kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil."
Buat ibu kepada anak2ku. Abah sayang ibu sehingga ke akhir hayat. Moga tetap bersama dunia akhirat.. Ameenn..
Ini adalah sebuah kisah sedih pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi di China pada 12 May 2008. Bukti betapa kuatnya seorang ibu dan besarnya pengorbanan ibu demi memastikan anaknya yang masih seorang bayi terus hidup. Kisah yang pasti menyentuh hati kita semua. Seorang ibu telah ditemui mati di celah-celah runtuhan bangunan dalam keadaan berlutut dan kedua tangannya menghulur ke tanah menahan tubuhnya untuk melindungi bayinya. Mungkin ada yang pernah baca kisah ni. Tapi tak salah kalau kita refresh semula demi mengenang pengorbanan seorang ibu. Sudah 3 tahun kisah ini berlalu.

                                          

Penekanan untuk berbuat baik kepada ibu boleh kita hayati melalui hadis Rasulullah S.A.W di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).