Salam kasih serta sayang buat Bonda Massiah Bt Derusman..
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tiada tara jika dibandingkan dengan segala apa yang ada di dunia. Sembilan bulan dalam rahim bonda kandungkan sehingga anakanda semua lahir ke dunia…dari merangkak, bertatih, berjalan hingga berlari seiring perkembangan usia. Dengan penuh sabar bonda lalui dalam membesar dan mendidik sembilan cahaya mata. Semoga Allah melimpahkan kasih sayang sebagaimana kasihnya Bonda terhadap anakanda semua... Ameenn..

Buat ibu dan ayahku yang tercinta. Pengorbananmu sememangnya tidak mampu ku balas walaupun aku diberi kesempatan untuk hidup 1000 tahun. Ampun maaf dipinta kerana diri ini seringkali mengguris hatimu. Halalkan setiap titik air susumu serta titisan peluhmu yang bekerja siang dan malam untuk membesarkanku. "I Love U So Much!"
" Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa2 kami dan dosa2 kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami seperti mana mereka mengasihani kami semenjak kami masih kecil."
Buat ibu kepada anak2ku. Abah sayang ibu sehingga ke akhir hayat. Moga tetap bersama dunia akhirat.. Ameenn..
Ini adalah sebuah kisah sedih pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi di China pada 12 May 2008. Bukti betapa kuatnya seorang ibu dan besarnya pengorbanan ibu demi memastikan anaknya yang masih seorang bayi terus hidup. Kisah yang pasti menyentuh hati kita semua. Seorang ibu telah ditemui mati di celah-celah runtuhan bangunan dalam keadaan berlutut dan kedua tangannya menghulur ke tanah menahan tubuhnya untuk melindungi bayinya. Mungkin ada yang pernah baca kisah ni. Tapi tak salah kalau kita refresh semula demi mengenang pengorbanan seorang ibu. Sudah 3 tahun kisah ini berlalu.
Penekanan untuk berbuat baik kepada ibu boleh kita hayati melalui hadis Rasulullah S.A.W di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
No comments:
Post a Comment