21 May 2011

DERMA RM1.00



JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU ANDA TAK KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT DAN KALAU DATANG DERMA RM1.

Jumlah kutipan derma solat jumaat di sebuah masjid sekitar KL adalah antara RM3500-RM5500 setiap solat jumaat...kehadiran muslim yg bersolat Jumaat dianggarkan 3000-8000 setiap hari Jumaat bergantung kepada lokasi masjid...jadi, setiap penganut solat jumaat hanya menyumbang 50-80 sen jika diambil kira dari jumlah kutipan...


BAGAIMANA MAHU BICARA SOAL PERJUANGAN ISLAM, KEBANGKITAN, JIHAD, MEMBELA ISLAM DSB seperti yg sering diwar-warkan sekiranya umat islam hanya mampu menyumbang RM0.50 setiap minggu bersamaan RM2.00 sebulan...sedang di rumah ibadat penganut agama lain yg mengumpulkan bawah 200 orang penganut setiap minggu mampu mengutip lebih RM100K sebulan....


ALASAN BIASA penganut solat jumaat adalah sedekah itu ikhlas...jadi kira 50 sen lebih berkat dari RM1.00 yg tidak ikhlas.....bagaimana mahu ikhlas kalau hati nurani tiada kesedaran akan keperluan umat.....

Justeru, mari kita bersama menjayakan KEMPEN RM10.00 SETIAP JUMAAT OLEH SETIAP MUSLIM.....sekiranya setiap muslim faham akan keperluan kewangan oleh pentadbir masjid, sudah tentu RM1000 pon tiada masalah....dengan RM10.00 setiap minggu maka RM40.00 setiap bulan BOLEH BUAT ANDA MISKIN?
ATAU RUGI?


Sekiranya semua umat Islam faham akan keperluan ini....barulah boleh cerita soal KEMENANGAN ISLAM.....jika tidak......negara kita bakal berdepan dengan masalah seperti di PALESTINE(mohon pada ALLAH supaya dijauhkan)..... 

No comments: