28 February 2011

MOTIVASI DIRI



1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita. Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:Kenapalah aku gagal? Mengapa nasib aku sentiasa malang? Kenapalah orang semua tak suka aku? Apalah nak jadi dengan aku ni? Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.Apa yang belum aku lakukan lagi? Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan? Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi? Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini? Siapa yang boleh bantu aku?Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula. Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.



Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.



" I'M A NEXT MILLIONAIRE "

25 February 2011

IKRAR INSAN BERJAYA


**saya memiliki minda terhebat**
Dgn berfikir apa yg saya mahu di minda,maka tubuh saya akan bergerak dan bertindak seperti apa yg saya fikirkan. Saya percaya sepenuh hati bahawa diri saya adalah insan yg berjaya dan juga bersedia membantu org lain utk berjaya........

**saya sentiasa berubah menjadi yg terbaik**
Saya setiasa berubah menuju impian kerana saya adalah insan cemerlang.saya juga sentiasa berubah dgn redah diri dan sentiasa ingin belajar sesuatu yg baru dlm kehidupan.saya mempunyai peribadi dan tabiat yg mencerminlan diri saya sebagai insan yg terbilang.

**Tabiat saya membentuk diri yg sebenar**
Manusia adalah tabiat.tabiat yg baik membawa kebaikan,sementara tabiat buruk membawa padah.segala tabiat buruk harus saya ketepikan.hanya tabiat baik serta cemerlang akan saya serapkan kedlm jiwa dan tubuh utk menjadi insan berjaya. Saya sentiasa memilih utk memiliki tabiat org berjaya.

**Kejayaan bermula daripada tindakan**
Tiada gunanya segala impian dan rancangan jika tiada tindakan.tanpa tindakan tiadalah hasilnya.setiap kali tubuh bergerak,ia sudah semestinya sedang bertindak utk mencapai kejayaan atau tujuan hidup.mulai hari ini saya sentiasa bertindak utk mencipta kejayaan dlm apa jua bidang yg diceburi......

24 February 2011

. : : ~ BELIEVE ~ : : .


"Kita akan menang! jangan gentar,kata seorang panglima perang".
"jauh panggang daripada api.bilangan musuh tiga kali ganda mengatasi kita,"kata seorang pemimpin bawahannya.

"betul,tapi kita ada kekuatan rahsia.dengan kekuatan itu kita akan menang".
"apa kekuatan rahsia itu?"
panglima besar itu berkata dengan tenang..

"dalam perjalanan ke medan perang,kita akan singgah sebentar di sebuah masjid.di situ kita akan bertemu seorang imam yg sangat terkenal kesolehannya.dialah yg akan memberi kekuatan rahsia itu kepada tentera-tentera kita".
sesampai saja di masjid berkenaan,panglima besar itu memerintahkan ketua-ketua tenteranya masuk ke dalam masjid.selepas solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat hajat dua rakaat,seorang demi seorang dipanggil ke hadapan mihrab utk bertemu imam yg dimaksudkan.

"saya akan berikan kamu segulungan kain yg kecil ini.kamu dikehendaki melekatkan kain ini pada bendera-bendera pasukan kamu.insyaAllah Allah akan memberikan bantuan-NYA,"kata imam yg berwajah bersih dan tenang itu..
tanpa bertanya sebarang soalan,semua ketua pasukan tentera yg terlibat berbuat seperti yg diminta oleh imam.

selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan menuju ke medan perang.
dalam peperangan itu,setiap anggota berperang dengan begitu bersemangat.akhirnya mereka telah mencapai kemenangan.

masing-masing begitu takjub dengan kesan kain yg mereka bawa itu."apa yg ada pada kain ini?begitu ajaib kesannya."
"bukalah untuk mengetahuinya..."ujar panglima besar.
"Tuan!tidak ada apa-apa ..hanya kain kosong."jawab panglima..
"jadi bagaimana ia menjadi begitu ajaib"?
"kain itu bukan kain ajaib.dan kita menang peperangan ini bukan kerana keajaiban kain ini"..
"jadi kita menang kerana kekuatan apa?"
"kita menang kerana keyakinan kita.kita yakin menang sebab itu kita menang.Allah beri kemenangan kepada orang yg yakin!"


``~~PENGAJARAN``~~
Keyakinan adalah satu kekuatan yg luar biasa.ia adalah satu kelebihan yg tidak dapat ditandingi oleh kekuatan lahiriah.orang yg yakin akan mengunakan segala sumber yg ada padanya secara maksimum.manakala orang yg tidak yakin akan mensia-siakan kekuatan yg ada pada dirinya...

23 February 2011

KELEBIHAN SURAH AL WAQIA'H


Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya :

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

15 February 2011

BEBASKAN DIRI DARI TEKANAN & STRESS



Tekanan atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.

Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.

Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.

Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.


Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.
Peluk sesuatuAnda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.

Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.


ALLAH
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.

Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

13 February 2011

AMALAN MEMPEROLEHI REZEKI YG LUAS HALAL DAN BERKAT



PERKARA YG DI BERIKAN TUMPUAN DI SINI IALAH BEBERAPA AMALAN YG BERUPA AYAT2 AL-QURAN, HADITH2, DOA2 DAN ZIKIR2 YG INSYAALLAH APABILA DI AMALKAN AKAN DI KURNIAKAN REZEKI YG LUAS HALAL DAN BERKAT.


  • Wiridkan Al Fatihah 41x di antara Sunat subuh. Adalah lebih baik di amalkan 40hari berturut2. INSYAALLAH akan mendapat rezeki yg luas.
  • Baca surah Al Fatihah 7x, Ayat kursi 7x, Surah Al Kafirun 7x, Surah Al Ikhlas 7x, Surah Al Falaq 7x dan Surah An Naas 7x selepas Solat Jumaat (sebelum mengubah kedudukan). INSYAALLAH di ampunkan segala dosa, terpelihara hingga ke Jumaat hadapan dan di limpahkan rezeki yg tidak terhingga.
  • Baca Surah Al Fatihah pada setiap awal bulan Hijrah bermula hari Ahad. Di baca Hari Ahad 70x, Hari Isnin 60x, Hari Selasa 50x, Hari rabu 40x, Hari Khamis 30x hari Jumaat 20x dan Hari Sabtu 10x INSYAALLAH murah rezeki, kaya raya dan terbuka segala pintu kebaikan.
  • Baca Al Fatihah 1000x INSYAALLAH murah rezeki, mendapat pangkat dan kedudukan yg tinggi.
  • Baca BISMILLAH 300x ketika matahari terbit (menghadap matahari ) dan selawat 300x INSYAALLAH di murahkan rezeki dan di kurniakan kekayaan zahir dan batin. Mujarrab.
  • Baca Ayat Kursi 170x selepas solat atau tengah malam kemudian Baca Ya Kaafiyu Ya Ghaniyu Ya Fattahu Ya Razzak 3000x INSYAALLAH di kurniakan pangkat dan di bebaskan dari belenggu hutang. Mujarrab.
  • Baca surah Ali Imran ayat 26-27 selepas solat fardhu, solat sunat, sebelum tidur dan bangun tidur, INSYAALLAH akan di luaskan rezeki, di berkati dan di naikkan pangkat.
  • Baca Surah Ali Imran Ayat 37 atau tulis dgn memecahkan huruf2nya, kemudian di letakkan di kedai, INSYAALLAH jadi pelaris.
  • Amalkan selalu akhir Ayat 73-74 atau tulis kemudian di letakkan di kedai, IASYAALLAH laris jualan dan di kabulkan hajat.
  • Baca Ayat di atas 100x selepas solat Subuh pada Hari Jumaat, nescaya di limpahkan rezeki lahir dan batin hingga Jumaat akan datang.
  • Amalkan Surah Ali Imran Ayat 173-174INSYAALLAH di kasihi dan di luaskan rezeki.
  • Baca Surah Al Waqiah 3x selepas isya' INSYAALLAH di hindarkan dari papa kedana serta di luaskan rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : " Tuhan mu telahh berfirman : Wahai anak Adam, sempatkanlah utk beribadah kepadaku, maka Aku akan penuhi hatimu dgn rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dgn rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dgn kefakiran dan kedua-dua tanganmu dgn kesibukan."
( Hadith Riwayat Al-Hakim daripada Mu"aqqal bin Yassar r.a.)

10 February 2011

‎" KEPUASAN YG TERBESAR DLM HIDUP ADALAH DAPAT MELAKUKAN APA YG DI KATAKAN ORG LAIN TIDAK DAPAT KITA LAKUKAN. "

08 February 2011

5 TIP MOTIVASI


Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!



Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!


Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang.


Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita.


Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!


Amazing..!!
Fantastic..!!
Bombastic..!!
Kekuatan minda manusia..
Semua terletak pada diri sendiri..
Kita mampu buat sesuatu yg luarbiasa..
Jika mahu sesuatu yg luarbiasa amalkan konsep " 2B "..

LIHAT KEKUATAN MINDA DI SEBALIK VIDEO NI..

Motivasi: " Halangan hanya di minda, Bolos saja dinding itu. "



Dalam bahasa pasar ia berbunyi, “Redah jer lah!”
Umpama semasa hari hujan dan semakin terus hujan, Payung tiada, baju hujan juga tiada…
Apa pilihan yg anda ada?
Tiada jalan lain untuk pulang ke rumah melainkan dengan hanya meredah hujan tersebut.


Begitu jugalah dalam bisnes dan hidup ini, ada suatu saat kita perlu bolos sahaja walaupun hati kita sudah hancur tercincang, kecewa, sedih dan apa sahaja perasaan seumpamanya.


Kecewa dan putus asa adalah racun kejayaan.
Usah mengalah kerana kejayaan sudah berada betul2 di hadapan anda. 
Perlu di ingat..!!


" TANPA KEGAGALAN ANDA TIDAK AKAN BERTEMU KEJAYAAN. "
  
Hidup di dunia ini perlu berani walaupun pada saat kita seorang pesalah, agar kita dapat kembali memiliki kebenaran.
Pada saat kita menang, kita perlu berwaspada.Pada saat kita di tengah-tengah, kita perlu sentiasa bersedia. Dan di saat kita terjatuh atau tersisih, kita tidak harus cepat gentar dan ketakutan.
Kita harus berani ke hadapan walaupun sebelah kaki sudah ‘tempang’ kesakitan.
Lawan emosi negatif, lawan ketakutan dan lawan segala perasaan yang tidak menguntungkan.
Kita hanya ada dua pilihan: Lawan atau kecundang.
Teruslah berjuang walau apa jua keadaan.
" DO OR DIE. "
Saksikan video ini dengan penuh penghayatan…

07 February 2011

Adakah anda seorang yang berfikiran positif?

Adakah anda seorang yang berfikiran positif?


Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda
perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif.
Dengan
berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah
stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang
dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk
berjaya.
Saya teringat satu cerita…


Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah
padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh.
Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil
baru sahaja menaiki bas tersebut. Anak-anak kecil tersebut
tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau orang
dan sebagainya. Bayangkan… anda berada dalam bas tersebut dan
anak-anak kecil tersebut membuat bising. Kemudian, ketika anda
sedang membaca surat khabar… anak-anak kecil ini datang dan tarik
surat khabar anda. Ayah kepada anak-anak kecil itu pula hanya
senyum dan buat tak tahu.



Saya pasti sudah tentu anda sangat marah dengan anak-anak kecil
tersebut bukan? Saya pasti jika diberi peluang sudah tentu anda
mahu lempang anak-anak kecil tersebut hahaha! Ada seorang mak cik
di atas bas tersebut begitu hairan. Kenapa ayah beliau tidak marah
kepada anak-anak kecil tersebut? Mak cik tersebut segera menanyakan
soalan kepada pak cik tersebut. “Kenapa tak melarang anak-anak kamu
yang sedang membuat kacau dalam bas ni?” tanya mak cik tu kepada
ayah anak-anak kecil tersebut. Beliau menjawab “Biarlah… biarlah
mereka bergembira seketika kerana anak-anak kecil tersebut masih
tidak tahu bahawa ibu mereka meninggal pagi tadi di hospital. Kami
ni naik bas untuk ke sana” jawab pak cik tersebut tunduk.



Kini, jika anda berada dalam bas tersebut… saya yakin anda tidak
akan marah terhadap anak-anak kecil tersebut. Betul tak? Jika
sebelum ini anda stress dengan kelakuan anak-anak kecil tersebut,
kini anda tidak marah lagi. Kenapa? Bukan kerana ibu anak-anak
kecil tersebut mati… tetapi kerana ANDA BERFIKIRAN POSITIF! Jika
anda berfikiran positif, pasti semua masalah yang datang akan dapat
diselesaikan dengan cara yang terbaik.



Selepas ini, beranggapan baiklah sesama manusia.

05 February 2011

~ . : : PETUA TAMBAH REZEKI : : . ~



Amalan-amalan* ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan 
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang
telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk
memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan
dunia dan akhirat.



Di antaranya: 


*1. Menyempatkan diri beribadah.
*Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam 
hadis qudsi: 
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat 
hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan 
penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” 
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 



*2. Memperbanyak istighfar.
*Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , 
yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia 
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. 
Sabda Nabi s.a.w.: 
*“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”*
(Riwayat Ahmad,Abu Daud, 
an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.) 



*3.Tinggalkan perbuatan dosa.
*Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja
membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:
“… *dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang
dibuatnya*.” (Riwayat at-Tirmizi) 



*4.Sentiasa ingat Allah. 
*Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini 
rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.

Firman-Nya: 
*“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan 
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi 
tenteram*.” (Ar-Ra’d: 28) 



*5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa. 
*Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang 
ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu 
bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: 
“*Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah
akan memanjangkan umurnya*.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani 
dan al-Hakim) 
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, 
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: 
“*Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya*.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 



*6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
*Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan 
meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan 
anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi s.a.w.: 
“*Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu*.”
(Riwayat Bukhari) 



*7.Tunaikan hajat orang lain.
*Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk 
tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: 
“*Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya
*…”
(Riwayat Muslim) 



*8.Banyak berselawat. 
*Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak 
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan
kesukaran serta meluaskan rezeki
dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. 
Wallahu a’lam. 



*9.Buat kebajikan banyak-banyak. 
*Ibnu Abbas berkata: 
“*Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, 
kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula 
boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki 
dan makhluk lain mengutuknya*.” 



*10.Berpagi-pagi.
*Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. 



*11.Menjalin silaturrahim. 
*Nabi s.a.w. bersabda: 
“*Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka
hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya*.”
(Riwayat Bukhari) 



*12.Melazimi kekal berwuduk. 
*Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai 
beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah .

Baginda s.a.w. bersabda: 
“*Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki*.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 



*13.Bersedekah. 
*Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. 
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: 
“*Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang
dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya*.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.) 



*14.Melazimi solat malam (tahajud). 
*Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, 
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya 
dimakbulkan Allah.



*15.Melazimi solat Dhuha. 
*Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia
(aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi: 
“*Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat
pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan
keperluanmu pada petang harinya*.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 



*16.Bersyukur kepada Allah.
*Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya 
adalah kufur nikmat.

Allah berfirman: 
“*Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku
kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat
keras.”
(Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur*.” (Ali Imran: 145) 


*17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.
*Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, 

menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi
kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir
surah
at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali
lepas solat
, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: 
“*Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim*.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. 


*18.Berdoa. 
*Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan 
mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh
kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. 



*19.Berikhtiar sehabisnya.
*Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih 
dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang 
tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) 
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh 
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang 
dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam 
rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, 
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki 
berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. 



*20.Bertawakal.
*Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . 
Firman-Nya: 
“*Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya)* .” (At-Thalaq: 3) 

Nabi s.a.w. bersabda:
“*Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang*.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada
takwa. 
Dengan takwa, Allah akan beri
“*jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya*.” (At-Talaq: 2-3) 
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini
menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya
dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
 

04 February 2011

8 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH



1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama  untuk secawan kopi (dan rokok)?
Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang  tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit
Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.

Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi
Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian.
90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!

4: Pakar 1 topik kewangan
Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.

Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Hutang yang bagus
Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?

Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.

Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!

6: Baca 30 minit
Pop kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda.

Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu.
Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.

Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?

Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.

7: Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!
Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

8: Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.

Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!

Sumber :
Oleh: Irfan Khairi