18 June 2011

FANTASTIC..!!!

Bas 3D untuk mengatasi masalah kesesakan


Baru2 ni China sekali lagi mengejutkan dunia dengan memperkenalkan konsep bas generasi baru yang dinamakan 3D Express Coach. Bas yang berbentuk seperti terowong bergerak ini dihasilkan bertujuan untuk mengurangkan masalah trafik yang teruk di China yang berpunca dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan2 utama di China.


Bas ini mampu bergerak walaupun dalam kesesakan lalulintas kerana walaupun ia menggunakan jalan raya yang sama dengan kenderaan lain, ia mampu bergerak menerusi kenderaan yang tidak melebihi 15 kaki tingginya. Bas ini juga bakal menggunakan teknologi hijau iaitu tenaga solar bagi mengurangkan penghasilan gas rumah hijau. Pada masa kini, China telah mengatasi US dalam penghasilan gas rumah hijau! dan ini sememangnya salah satu langkah yang diambil China untuk mengurangkan masalah pencemaran udara.



Bas ini juga mampu membawa penumpang seramai 1400 orang pada satu2 masa apabila ia dibangunkan sepenuhnya nanti. Walau pun ia dipangil bas, kenderaan ini mungkin akan dibangunkan menggunakan landasan khas bagi mengelakkannya daripada memasuki laluan kenderaan lain ketika bergerak di jalan raya.


Mungkin rakyat Malaysia juga perlu berfikiran inovatif seperti ini dan Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada LRT sahaja untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas Malaysia.

No comments: