02 June 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB


Marilah kita berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah.



Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat jahiliyah menamakan bulan ini dgn mana bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dgn mengharamkan berperang di dalamnya. Dan RASULULLAH S.A.W mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku pada RASULULLAH S.A.W iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Kepada semua sahabat ku..


Sempena 1 Rejab iaitu jatuh pada 3 June 2011,saya ingin mengucapkan
Selamat menyambut bulan yang mulia nie (Bulan Rejab).


sama-sama lah kita mempraktikkan apa yang telah di ketahui kerana segalanya bermula dari diri kita samaada mahu lakukan atau tidak…syukran liziyaratuka… 


1. Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan


As – Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berabda :
Ertinya: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.
Hadith ini adalah Maudhu’


Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya

Kata As-Sam’ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh – syeikh yang tidak pernah dilihatnya



Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya


Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517


2. Kelebihan berpuasa di bulan Rejab


Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .


Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah
Kata Yahya bin Ma’in : Al – Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.
Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk
Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524


Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Sya'ban menyucikan hati 
Ramadhan menyucikan rohnya 
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala


sesungguhnya dari Allah SWT kita datang, dari Allah SWT jua kita akan kembali…rebutlah peluang dgn membuat kebaikan..utk bekalan di akhirat!

"Menerokai kehebatan minda dan kemanisan iman ciptaan Allah swt"

No comments: