Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintaiyang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!"
Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.
Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah di buka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu.
Maka wanita itu berkata kepada suaminya.
"Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?
" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang
dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab
dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking
itu .
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.
No comments:
Post a Comment